Ada sebuah hikayat
Hikayat tentang hidup
Hidup seorang Hamba
Insan biasa yang luar biasa.
Mahukah anda semua mendengarnya?
Hidupnya bagaikan awan larat
Yang sentiasa berarak
Walau ke mana sahaja
Dari Timur ke Barat
Dari utara ke selatan
Di atas langit nan indah
Bumi Ciptaan Illahi.
Lorong takdirnya dipenuhi dengan kembara
Kembara sekeping hati
Yang dimulai dengan kebahagiaan
Diakhiri dengan penderitaan
Seperti hikayat yang selalu kita dengar
Suatu ketika dulu
Cerita tentang anak-anak raja
Yang bercinta
Di Dunia dan kayangan.
Cuma bezanya...
Hikayat ini adalah sebuah realiti
Bukannya dongengan semata-mata
Hikayat seorang nakhoda
Sekaligus digelar pejuang bangsa
Musuhnya adalah manusia
Musuhnya juga adalah keadaan
Musuhnya juga adalah sejarah.
Beliau digelar saudagar
dan ahli pelayaran
serta pewira bangsa
di alam Melayu, abad ke-19
di sana sini, namanya terukir
dalam minda rakyat jelata
walaupun dirinya bukan hartawan
mahupun bangsawan
Cuma, bila sejarah semakin meyusuri teluk masa
Dan dunia semakin tua
Manusia pula semakin muda
Akhirnya yang tinggal
Hanyalah jejak kenangan
Yang tak pernah dikenang
Oleh generasi hari ini
Generasi abad ke-21
Lalu,
Kesetiaannya dinodai
Kebanggaannya di musnahi.
Hari ini,
Manusia semakin sedar
Lalu namanya dikenang kembali
Sebagai tokoh pahlawan
Alam Melayu yang berjaya.
Inilah ia sebuah hikayat
Hikayat seorang hamba
Insan biasa yang luar biasa.
S. Hana AK
26 Julai 2010
UPSI
Sunday, August 1, 2010
Hikayat seorang hamba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment