Apakah dikatakan budi sekiranya
Setiap hari bibir molek ditumbuhi dengan kata – kata nista
Apakah dikatakan budi jika
Setiap masa hati dipenuhi dengan perasaan hasad dengki
Apakah dikatakan budi jika akal
Diracuni dengan api ketidakpuasan dan keangkuhan
Dan, Apakah ia dinamakan budi jika budi diringi
Dengan keluhan ataupun suara- suara ganas
Apakah ia dinamakan budi?
Ya,
Kita perlu tahu dan terokai maknanya
Bukan dengan main terkam
Bila nampak mamat tersenyum sumbing
Memasang perangkap
Sambil menghulur tangan kononnya
Untuk mengeratkan silaturrahim
Itu bukan dinamakan budi
budi adalah yang mampu membuatkan air mata
seorang kanak-kanak berhenti mengalir
budi adalah seperti angin yang
membelai lembut wajah-wajah anak bumi tercinta
budi itu tak terjangkau dalam lipatan pengalaman manusia
ia mampu berdiri sendiri
dan insan yang dihakimi adalah
orang yang kaya dengan budinya.
S. Hana AK
kg. kipaku
050407
khamis(5.20 Pm – 5.06 pm)
Monday, June 28, 2010
Makna Budi
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 8:26 AM 0 comments
Labels: puisi
Wednesday, June 9, 2010
Puisi kepada alam
ku cuba bertanya
pada alam
mengapa dia begitu setia?
ku cuba meluah
pada alam
bahawa dia adalah rumah kesedihanku
ku cuba memuji
juga pada alam
tentang keindahannya
tapi
yang dijawabnya
adalah ini
'aku setia hanya pada mereka yang menghargaiku
aku adalah rumah kepada mereka yang menyayangiku
aku adalah ciptaan dari Yang Maha Kuasa'
lidahku kelu
tanganku tak mampu ku gerakkan
mataku tak berkelip
bibirku terkunci
aku tak mampu berbuat apa-apa
hanya hatiku yang berbisik
'adakah aku termasuk
dalam golongan yang memuliakannya?'
Nukilan:
S. Hana AK
25 Mei 2010 (Selasa)
21.00 pm
KHAR, UPSI
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 3:01 AM 0 comments
Labels: puisi
Subscribe to:
Posts (Atom)