Duhai hati
tenanglah dikau
Mengapa masih mengeluh
Terimalah kekecewaanmu
dengan penuh keredhaan
sesungguhnya Allah menyukai
jiwa hamba-Nya yang sentiasa tenang.
duhai hati
tenanglah dikau
mengapa mesti kecewa
mengapa mesti bersedih
mengapa mesti mengalah
ingatlah,
di sebalik kegagalan akan ada kejayaan
di sebalik kejayaan akan ada kegagalan
di sebalik kehidupan
akan ada pahit manisnya
duhai hati
tenangkan hatimu
berusahalah menerima kegagalan
kerana di sebalik yang tersirat
Tuhan sudah tetapkan hikmahnya
Usah menangis
Usah tangisi kegagalanmu
Duhai hati,
Sabarkanlah hatimu
Tabahkanlah hatimu
Carilah pengajaran di sebalik kekusaman itu
Carilah yang tersirat di sebalik yang tersurat
Dan
Carilah hikmah di sebalik kegagalanmu
Ingatlah
Bahawa tidak semuanya apa yang kita inginkan
Akan menjadi kenyataan
Juga
Tidak semua apa yang kita miliki
Akan kekal bersama kita
Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur
Dengan nikmat yang Dia berikan
Belajarlah menerima Qada Dan Qadar
Yang sudah tersimpan di Luh Mahfuz
Belajarlah menghadapi kekalahan
Duhai hati!!
Nukilan:
S. Hana AK
21 Mei 2010 (Jumaat)
18.50 Pm
KHAR, UPSI
Friday, May 21, 2010
Duhai Hati, Tenanglah Dikau
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 3:53 AM 0 comments
Labels: puisi
Sunday, May 16, 2010
Luahan Hati Seorang Pencinta
Pergilah engkau wahai kekasihku
Tinggalkan aku sendirian di sini
Mengutip kenangan kisah kita
Mengukir kisah sejarah lalu
Jangan biarkan kenangan ini
Bersemi lagi di hatimu
Hilangkanlah ia wahai kekasihku
Kerna sesungguhnya
Aku tidak mungkin berpaling padamu
Biarku bawa luka di hati ini
Bersama pawana di malam hari
Mengutip sisa kesepian
Mengulit kesunyian di malam mimpi
Bersama sujudku pada-Nya
Bersama doaku pada-Nya
Kerna sesungguhnya cintaku pada-Nya
Melebihi kasihku padamu
Usahlah kecewa kekasihku
Kerna aku sudah hilangkan
Kekecewaanku terhadap cinta kita
Sudah ku tanamkan paku di hatiku
Bahawa di antara kita
Sudah ada tembok yang menghalang
Sudah ada laut yang diduga
Dan hilanglah titian
Penghubung kasih sayang kita berdua
Jangan menangis wahai sahabatku
Carilah teman yang lain
Yang lebih mendambakan cintamu
Kerna aku bukan ditakdirkan untukmu
Biarlah kita melakar kisah kita
Di atas serpihan batu
Agar hilang ditelan masa dan keadaan
Walaupun begitu
Aku akan tetap menjadi sahabatmu
Sahabat ketika diperlukan
Walaupun mungkin bukan sahabat sejati
Tapi cukuplah sekadar sahabat seperjuangan
Dalam menjalani hidup sabagai hamba Illahi
Selamat tinggal wahai kasihku!
Moga selamat dunia dan akhirat....
Nukilan:
S. Hana AK
16 Mei 2010 (Ahad)
21. 51 Pm
Khar, UPSI
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 6:56 AM 0 comments
Labels: puisi
Tuesday, May 11, 2010
KEGELISAHAN
Kegelisahan yang menguasai diri
Adalah kuasa yang tak dapat ku gambarkan
Kuasa yang tak dapat kulupuskan
Dari jalan hidup yang aneh dan pelik ini.
Alangkah lucunya jiwa yang berkarat
Alangkah bengangnya jiwa yang bersih
Saat demi saat, gelora pinta kebebasan
Kian pudar
Kian jauh
Di balik kesepian
Tanpa teman
Tanpa ngadu domba
Tanpa keberanian
Tapi cuma satu, ada PEMBERONTAKAN.
kian bercambah dengan pesat
di sumur kali bunga bakawali.
Gelisah.
Gelisah dalam permulaan tanpa perhentian
Gelisah dalam pencarian jawapan yang tak pasti
Mengapa? Masih ada lagi yang beku dan kuning otaknya
Kenapa? Kuning dan bekunya itu tidak diwarnakan
Dengan warna putih kapas
Biar bersih dari hampas
Biar jernih dari air sungai
Biar indah seperti awan larat.
Apa? Tujuan mengikat budaya yang perlu dipinggirkan..
Kegelisahan bertakung dalam keimanan
Gelisah terangkum dalam kekuatan
Semangat Addawiyyah.
Sumur kalinya terbina dari keteguhan pendirian
S.Hana Ak
290807 ( khamis )
1.00 pm – 1.30 pm
Khar upsi
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 5:44 AM 0 comments
Labels: puisi
Thursday, May 6, 2010
Lagu burung serindit
Di dahan lebar
Hinggap burung serindit
Sayap moleknya dikibarkan
Tanda rasa suka
Pada angin, alam
pada senja, tuhan
pada gunung, bukit
pada langit, hujan
dan paruh kerdilnya
Berlagu.
Wittt..wit...wwiitt! Lagu burung serindit.
Di bawah dahan
Beristirehat sekumpulan pemuda
Berbaju melayu,
Bersongkok hitam,
Berkopiah putih,
Sebuku surah Yassin tersimpan kemas
Dalam genggaman tangan berwajah tenang.
Menanti hujan bilakah akan teduh.
Burung serindit di atas dahan terus menyanyi
Witt...wiwitt....siii..Lagunya, Lagu burung serindit.
Tidak jauh dari situ
Sebuah kubur berwarna merah
Tersadai dipanah hujan panas
Tuannya mula dihimpit persoalan
Bagaimankah dia hendak hidup di dunia barunya ini?
Apa akan dijawabnya nanti bila kelibat malaikat hisab
Akan menyoalnya?
Tiba-tiba muncul di depannya tubuh malaikat penyoal kubur
“ Siapa tuhanmu...Siapa nabimu...Apa agamamu....” tanya malaikat
di sebelah kanannya.
“ Tuhanku adalah Allah Ya Rabbil...nabiku ialah Muhammad...agamaku adalah
agama Islam.” Jawabnya bersemangat.
“ bohong ! kau sebenarnya hanya manusia palsu.”
“ benar... Aku tidak bohong...”
“ baiklah, kau tak perlu berkata lagi...biar tubuh badanmu pula yang bercakap.”
“ jangan....”
Di atas, hujan mula teduh
Pemuda-pemuda pembaca yassin
Meninggalkan pohon tempat serindit bertengkek
Dan burung serindit terus bernyanyi
Tapi lagunya, bukan lagu burung serindit
Lagunya, lagu kesenduan
Lagunya, lagu kedukaan
Dan di bawah tanah,
penghuninya keresahan
ketakutan merasuk di dalam diri
“ jangan tinggalkan aku...aku hendak pulang..tolong..tolong!”
Malam yang bening, di atas dahan
tinggallah burung serindit melagukan sendunya
tidak jauh dari situ
suara penghuni kubur bertanah merah
melaungkan kata-kata keinsafan.
“Ahhhhh.....maafkan akuuu....tolong Ya Tuhan. Aku ingin hidup kembali.”
S. Hana Ak
030807 ( Jumaat )
11.24 pm ( siap )
Kolej harun Aminurrashi ( KHAR )
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 4:27 AM 0 comments
Labels: puisi
Sunday, May 2, 2010
KU RENUNG BINTANG DI KORPUS ANGKASA
Malam yang dingin
sepanjang perjalanan
dari Johor ke Tanjung Malim
kurenung bintang di korpus angkasa
berkerdipan cantik sekali
seperti tersenyum menyambut
kedatangan malam jagat raya.
Sesekali
malam yang dingin
ku renung bintang di korpus angkasa
tanpa teman, sang bulan
memancar, bersinar dan bercahaya
indah sekali
sesekali ku cari
di manakah bintang kejora
ke manakah bintang komet
di antara berjuta-juta kerdipan itu?
Sesekali dalam perjalananku
pawana sang angin begitu mendamaikan
mengelus lembut badan kaku ku
dan terbuai daku dengan kelembutannya
seketika cuma
bersama mewarnai bintang di angkasa
bersama mengulit mimpi
tentang cerita sang sufi
Sesekali
dalam arus kepulanganku
dari Johor ke Tanjong Malim
satu kembara yang mengasyikkan
ku renung bintang di korpus angkasa
beribu bintang bersinar memancar
saling bersaing antara sesama sendiri
dan hatiku
amat menyukainya
lalu keluarlah minda berkata
"ya Allah, Subahanallah....
cintakanlah aku kepada alammu selain
kasihku kepadamu."
Ketika merenung itu
tiba-tiba ku sedari
semakin jauh perjalanan
semakin hampir aku ke detik
kehilangan sang bintang
tadinya
bintang begitu banyak
sekarang bintang
semakin kurang
dan mindaku berkata lagi
"ke manakah hilangnya engkau
wahai temanku dan teman sang bulan?"
Semakin hampir ke destinasi
semakin hatiku mengauk kehibaan
engkau sudah semakin kurang
dan akhirnya menghilang begitu sahaja
lalu buat kali terakhir
ku renung sebutir bintang di korpus angkasa
yang masih tabah mengusap sang langit
di sebalik bibir sang awan pekat
bersama mindaku yang semakin ganas
mengalunkan kata-kata
"gagahlah dikau wahai temanku...
kembangkan sirnamu
biar menerangi bumiku
biar memancar indah dari lampu neon
kerna sesungguhnya
engkaulah lampu alam
yang aku cintai, sepenuh hatiku."
Nukilan:
S. Hana AK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 9:09 PM 0 comments
Labels: puisi
Rintik-Rintik Hujan
Hujan adalah rahmat
Yang diturunkan oleh Tuhan
Yang Maha Kuasa
Lagi Maha Agung
Hujan adalah berkat
Yang diturunkan oleh Tuhan
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Di kala manusia leka dan alpa
Hujan pemberi peringatan
Kepada manusia
Agar kembali ke alam realiti
Kala rintik-rintik hujan gugur
Dan jatuh ke wajah bumi
Ia mengajar kita
Untuk mengingat kembali
Dosa-dosa yang lalu
Agar nanti tak tersungkur
Di perdu kemaksiatan.
Hujan adalah citra
Bayangan ilham
Yang diturunkan oleh illahi
Kepada sang pemuja alam
Yakni para penulis berbakat
Di gerbang dunia sastera.
Hujan adalah kenangan
Buat para pencinta
Cinta pada manusia
Atau
Cinta pada alam jagat raya.
Hujan adalah pelentur
Hati yang keras bisa menjadi cair
Hati yang lembut bisa menjadi keras
Dalam mengharungi ranjau kehidupan
Sebagai musafir di bumi Illahi.
Di sebalik kedinginannya
Ada debu yang menerbang
Ada ruang yang maha luas
Ada kasih yang menunjang
Kepada bakal penghuni dunia
Agar tidak berpaling
Pada rahmat Illahi.
Nukilan:
S. Hana AK
30 April 2010 ( Jumaat)
4.00 am
KHAR, UPSI
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 9:06 PM 0 comments
Labels: puisi