Sunyi
alam ini sunyi
tanpa beburung yang berkicauan
tanpa manusia yang berbicara.
Sunyi
aku sunyi seorang diri
tanpa teman
tanpa sahabat.
Mungkinkah
sudah suratan azali
alam perlukan teman
manusia perlukan alam
dan aku perlukan sahabat?
Ketika manusia dan alam bersatu
dunia ini pasti ceria
tiada kesunyian
tiada kesepian
kerana semuanya
saling memerlukan.
S. Hana AK
5 Jun 2010 (Ahad)
UPSI
Sunday, August 8, 2010
Sunyi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment