? ??????????????Hawaii? ????? ?? ???Rating: 4.4 (124 Ratings)??451 Grabs Today. 25788 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????Coming Home? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??422 Grabs Today. 3986 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 25, 2010

ABSURD PADA PERJALANAN

Hari-hari yang kian mendatang
Bagaikan angin yang membelai ruang.
Pilu dalam kepuraan
Sedih dalam kedukaan
Tapi entah
Adakalanya dunia ini bagaikan lautan kasih
Dan
Adakalanya dunia ini bagaikan pokok rendang tempat
Sang burung berteduh dari hujan


Nun di puncak yang tertinggi
Tertulis sudah suratan takdir
Bagi sebuah perjalanan yang jauh
Mencari misi hidup
Aneh dan pelik.


Tiada titik noktah dalam pencarian
Kiranya pencarian itu satu pengorbanan
Dalam merangka kewujudan masa hadapan.
Demi sebuah istana idaman


Hidup ini umpama Burung Camar
Yang terbang beriringan dan bebas di lautan yang luas
Mencari pantai untuk berteduh
Adakalanya ia terbabas jauh di tengah
Sehingga sukar untuk mencari jalan pulang


Dalam hidup
Manusia mesti pandai mengubah haluan
Jalan hidupnya
Bijak dalam kepayahan
Agar tidak tersungkur jatuh
Di lembah kehinaan.


S.Hana AK
170906
9.45-10.23 PM

Tuesday, August 24, 2010

DI MALAM RAMADHAN

Di malam Ramadhan
ku bersimpuh pada-Nya
memohon petunjuk
dari kegelapan
memohon keberkatan
dalam arus kehidupan
moga hidup ini
berada dalam jagaannya.

Di malam Ramadhan
Ku bersimpuh pada-Nya
Minta dibukakan rahmat
Buat Saudara-saudaraku yang
Sebangsa , senegara, sedunia
kerana mereka semua
adalah darah dagingku
darah, Nabi Adam as…

Di malam Ramadhan
aku bersimpuh pada-Nya
minta keampunan
minta ketenangan
minta keredahaan
minta kebijaksanaan
minta kemuliaan
moga nanti
bahagia di akhirat

S. Hana AK
31 ogos 2008
1.17 am ( ahad )
Khar

Friday, August 13, 2010

BONDAKU SAYANG

Bu
Sepuluh tahun kepergianmu
Mendambakan kasih di hatiku
Sepuluh tahun kepergianmu
Memuatkan kenangan dalam hatiku
Yang abadi bukan fana.

Bu
Sudah kering kolam air mata ini
Menangisi kepergianmu
Menghadap illahi
Yang abadi.

Bu
Andai aku tuhan jadikan
Sebagai seorang anak yang soleh
Aku tak akan lupakanmu bu
Dalam setiap solat sujudku
Agar kau lebih tenang di sana
Alam abadi bukan fana
Bersama abang yang tersayang.


Bu
Dengarkan kalimah Allah selalu di sana.
Katakan pada tuhan kita yang
Aku sayang padamu
Kerna di sini
Aku terus bergelut dengan
syaitan dan nafsu nafsi
yang tak punya belas kasihan
terhadap hamba-Nya.

Bu
betapa kasih yang kau curahkan padaku
Walaupun sementara
Namun ia akan terus mekar di dada ini
Hingga hujung nyawa.
Dan andai suatu hari nanti tuhan ciptakan
seorang adam dan zuriat kepadaku
akanku lukis jiwa mereka dengan kalimah
Laillahaillah Muhamadar Rasulullah.

bu
sepi itu indah
tapi sepi juga bosan
tiada kesepian dalam kebosanan
tiada kebosanan dalam kesepian
amanlah dikau di sana bu
bersama abang
andai ibu menghadap Allah,
Katakan yang ibu sayang kepadanya
Kerana syurga itu terletak di bawa arasynya.
Ambillah firdaus
Jangan ambil jahanam
Ibu.

Nukilan:
S. Hana AK
280318 ( Jumaat )
2.43 Pm
Khar

Sunday, August 8, 2010

Sunyi

Sunyi
alam ini sunyi
tanpa beburung yang berkicauan
tanpa manusia yang berbicara.

Sunyi
aku sunyi seorang diri
tanpa teman
tanpa sahabat.

Mungkinkah
sudah suratan azali
alam perlukan teman
manusia perlukan alam
dan aku perlukan sahabat?

Ketika manusia dan alam bersatu
dunia ini pasti ceria
tiada kesunyian
tiada kesepian
kerana semuanya
saling memerlukan.

S. Hana AK
5 Jun 2010 (Ahad)
UPSI

Sunday, August 1, 2010

Hikayat seorang hamba

Ada sebuah hikayat
Hikayat tentang hidup
Hidup seorang Hamba
Insan biasa yang luar biasa.

Mahukah anda semua mendengarnya?

Hidupnya bagaikan awan larat
Yang sentiasa berarak
Walau ke mana sahaja
Dari Timur ke Barat
Dari utara ke selatan
Di atas langit nan indah
Bumi Ciptaan Illahi.

Lorong takdirnya dipenuhi dengan kembara
Kembara sekeping hati
Yang dimulai dengan kebahagiaan
Diakhiri dengan penderitaan
Seperti hikayat yang selalu kita dengar
Suatu ketika dulu
Cerita tentang anak-anak raja
Yang bercinta
Di Dunia dan kayangan.

Cuma bezanya...
Hikayat ini adalah sebuah realiti
Bukannya dongengan semata-mata
Hikayat seorang nakhoda
Sekaligus digelar pejuang bangsa
Musuhnya adalah manusia
Musuhnya juga adalah keadaan
Musuhnya juga adalah sejarah.

Beliau digelar saudagar
dan ahli pelayaran
serta pewira bangsa
di alam Melayu, abad ke-19
di sana sini, namanya terukir
dalam minda rakyat jelata
walaupun dirinya bukan hartawan
mahupun bangsawan

Cuma, bila sejarah semakin meyusuri teluk masa
Dan dunia semakin tua
Manusia pula semakin muda
Akhirnya yang tinggal
Hanyalah jejak kenangan
Yang tak pernah dikenang
Oleh generasi hari ini
Generasi abad ke-21
Lalu,
Kesetiaannya dinodai
Kebanggaannya di musnahi.

Hari ini,
Manusia semakin sedar
Lalu namanya dikenang kembali
Sebagai tokoh pahlawan
Alam Melayu yang berjaya.

Inilah ia sebuah hikayat
Hikayat seorang hamba
Insan biasa yang luar biasa.


S. Hana AK
26 Julai 2010
UPSI