Dalam nafas cahaya
Kau berlabuh dalam hati insani
Mengukir sejarah gemilang
Mencorak warna awan nan biru
Melukis pelangi senja
Melakar pena derita.
Dalam tiap nafasmu
Kau curahkan bakti
pada saudara tercinta
walau derita sedang menanti
kau sebarkan ukhuwah
pada sahabat sejati
dengan satu pertautan kasih
tautan kasih sayang
tautan kesetiaan
tautan kebanggaan
tautan persaudaraan
atas nama satu bangsa.
Kala langit semakin senja
Angin menjadi beliung
masa semakin berlari
dan usia meningkat tua
keadaan sudah berubah
manusia menjadi binatang
kawan menjadi lawan
saudara menjadi petualang
lalu kau diusir dari korpus sejarah
menjadi pengemis di bumi sendiri.
Inilah kembara hidupmu
Bagaikan awan yang berarak tanpa tujuan
Ketika hidup dibiarkan papa
Walau jasa tinggi menggunung
Sesudah mati disanjung tinggi
Walau jasa menjejak tanah
Adat resam budaya Melayu
Dulu, hari ini, esok dan lusa
Bahkan untuk selamanya.
Kembara awan pilu, hilangkanlah dirimu
Kerna dunia semakin tua
Dan
Manusia, semakin muda.
S.Hana AK
26 Julai 2010
UPSI
Thursday, July 29, 2010
Kembara Awan Pilu Seorang Pejuang ( Khas Untuk Nakhoda Taib)
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 11:00 PM 0 comments
Labels: puisi
Friday, July 16, 2010
DI MANAKAH DIA KEKASIHKU?
Di manakah dia kekasihku?
Yang akan mengajarku erti kasih sayang
Yang akan mengajarku erti cinta dan mencintai
Yang akan mengajarku merindui kasih-Nya
Yang akan mengajarku wanita dan isteri
Yang solehah dan taat kepada seorang suami
Di manakah dia kekasih hatiku?
Jika suatu hari nanti aku berada dalam kedukaan
Jika suatu hari nanti aku berada dalam kegelisahan
Jika suatu hari nanti aku berada dalam kesunyian
Jika suatu hari nanti aku berada dalam kegembiraan
Dia datang padaku dan mencium dahiku sambil berkata
‘ saya akan mencintaimu kerana Allah Yang Maha Kuasa
dan kita akan bersama keredhaannya…’
di manakah dia kekasih hatiku?
Di manakah dia kekasih hatiku?
Yang akan bersamaku mengutip bunga-bungaan yang wangi di taman syurga
Yang akan bersamaku menaiki pelangi jingga di atas langit yang membiru
Yang akan melindungiku dari segala malapateka
Yang akan menimpa bumi dan segala isi di dalamnya
Yang akan bersamaku melayari sebuah bahtera
Di lautan lepas yang paling dalam
Yang akan menyunting diriku sebahagian
Dari hidupnya tanpa ada keraguan sedikitpun
Yang akan menggumpul kekuatan bersamaku
Saat kami berada dalam ujian-Nya
Yang akan bersamaku dalam perjuangaan mencari syurga yang hakiki
Yang akan bersamaku untuk selama-lamaanya
Setianya padaku sedalam lautan
Setaianya padaku sebesar syurga
Setianya padaku seharum bunga di taman syurga
Di manakah dia kekasih hatiku?
Aku masih mencari dan terus menanti
Kemunculannya padaku yang
cintanya umpama
sehelai daun setawar
yang akan layu tapi nafasnya masih
bergema selagi takdir-Nya belum
berkata ‘ tidak’
di manakah dia kekasih hatiku?
Datanglah padaku…wahai kekasih
Yang diredhai Allah SWT.
Suhana AK
22 April 2009 ( Rabu )
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 7:50 AM 0 comments
Labels: puisi
LORONG PENGEMBARAAN
Untuk apa nak dikata
Jika lorong itu sudah pun ada di depan
Meliuk perit dalam belukar rimba
Dan gurun pasir yang penuh pencerobah.
Terkadang sayap bertanya
Kemanakah arah tujuan ini
Lorong seorang pengembara yang tiada bertapi
Pada hukum alam yang bengis
Yang hanya tahu mengaut kemanisan
gejolak dada jiwa pirma
Kalau ada manis dan hempedu yang mengitari
Kitaran jalan padang pasir dan hutan rimba
Jauh dari pencarobah. cubalah engkau memahaminya
bahawasahnya hidupmu adalah
hidup seorang pejuang kemerdekaan.
S.hana Ak
090807
5.49 pm
Kolej harun Aminurrashid ( 1-2-4 )
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 7:07 AM 0 comments
Labels: puisi