
Senyumlah dikau
Kerana senyum itu hiburan.
Senyumlah dikau
Kerana senyum itu kemesraan.
Senyumlah dikau
Kerana senyum itu tanda kemuliaan.
Senyumlah dikau
Kerana senyum itu ubat.
Senyumlah dikau
Kerana senyumamu lebih cantik dari wajah
Kerana senyumanmu lebih indah dari alam
Kerana senyummu lebih baik dari buruk.
Senyumlah,
Senyumlah dikau.
S. hana Ak
060907 ( rabu )
5.00 Pm
khar
Wednesday, February 24, 2010
SENYUM
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 10:09 PM 0 comments
Labels: puisi
PUISI KABIR
Kasih dan sayang
adalah mutiara di dalam hati
yang harus digilap
agar sinarnya terus berkilat
seumur sehidup
Bulan dan bintang
adalah teman di waktu malam
ketika kita merasa sunyi
yang harus dijaga
agar kerlipannya terus benderang
sehidup semati
Rindu dan dendam
adalah perasaan di dalam hati
yang harus dipelihara
agar terus bercambah
dan membesar menjadi
cinta yang sejati.
S.Hana Ak
Posted by DIARI SANG PENYAIR at 4:16 AM 0 comments
Labels: puisi
Subscribe to:
Comments (Atom)